Penemubual: adakah anda seorang yang malas???
Pemalas : Ya, saya adalah pemalas...
Penemubual: Contoh perangai malas anda???
Pemalas : Malas nak pergi surau hari khamis...
huhuhu...Cate tak ingat berapa hari bulan tapi yang pasti nya hari khamis. Hari Khamis yang paling over dalm seribu hari. Dah macam ayat malam lailatulqadar adalah seribu malam lah pulak kan. Adalah satu insiden ni. Memang malang betul lah. waktu tu la Cate mengaku Cate memang seorang pemalas yang betul2 malas. Cate bersama roomate dah pakat tak nak pergi surau. walau apa pon jadi Cate malas jugak. Tak kira.
Bila 2 orang roomate Cate keluar entah ke mana, and line dah clear, bermula la operasi menutup lampu dan kipas. Sanggup nih berpanas dalam bilik tu. Malam tu jugak la kitorang rasa malam study yang paling romantik. Berbekalkan lampu study je lah katakan. Romantik la tu.
Tengah sedap2 Cate landing dekat katil coz tibe2 plak mata ni rasa ngantuk, tibe2 message pulak masuk. Sape pulak lah yang kacau Cate mase nak tido. Rupanya si Hajar atau Kepala Besar. Sebab kepala dia memang besar. Honestly...
Penyebok(Hajar) : Cate, bilik ko kene check x?
Orang nak tido : Tak pon. pesal???
Pastu tibe2 je senyap. pesal plak minah ni...
Orang nak tido : Oit, pesal. reply la..
Penyebok : Bagi password dulu. Ntah2 ko ni cikgu.
Orang nak tido : (Pehal plak minah ni nak pass bagai. bagi je la ni) Kucing...
Penyebok : Ya betol!!!10 markah untuk anda..wakakaka...
Orang nak tido : Bongok r ko. cepat r nape.
Penyebok : Bilik aku tadi kene bukak. Cikgu check. Menggigil aku.
Orang nak tido : serius?? habis ko nyorok kat ne??
Penyebok : Aku ngan dayah nyorok dalam loker. 2 orang lagi nyorok kat
tempat sidai baju.
Orang nak tido : Gile r. aku pulak yang cuak.
Pastu, Cate terus bagitau dekat roomate Cate. Tak lama lepas tu, Cate dengar bunyi kunci. Apa lagi. Nyorok dalam loker jugak la. Tu je rasanya tempat yang paling selamat. Dengan kudrat yang ada, Cate nyorok dan duduk diam dalam loker. Tibe2 roomate Cate bukak loker dan cakap: jom r cate. dah kantoi r...
Nasib baik bukan cikgu yang check, rupenye bedah yang check. ketua blok. Dia suruh Cate dan yang kena tahan tadi pergi kat bilik 12 tgkt 3. cikgu tunggu kat situ. Cate pon apa lagi. Rancangan ke 2: Berlakon muka sakit. Bile masuk je bilik tu Cate pon mula lah buat muka sakit. cikgu cam pelik dan tanya Cate
Cikgu : Yang kamu tu kenapa??
Muka kronik : Saya Senggugut cikgu..
Cikgu : erm...g balik bilik. tido...
Cate tak dapat nak selamatkan roomate Cate. Yang kena tahan tu sume kena baca yasin 3X dengan solat isyak jemaah dalam bilik tu. Tak macam penat pulak kene baca yasin sampai 3X.
Dalam pukul 11 malam, tibe ada pengumuman wat perjumpaan blok pulak. aduaiii...tutor math dah la banyak. tak siap lagi. esok pun kuiz kimia. lingkup lah camni. roomate Cate dah menangis terkenang kad outing dia yang kena tahan 2 week. Pukul 11 tu dengar lah cikgu dok bebel. dia bebel pon dah macam mak cik jual jamu pulak. Honestly, sebijik macam mak cik jiran sebelah rumah Cate jual jamu.
Kepada semua followers Cate, thanks give me support to go on with this blog. even i'm still new here. Dan Cate nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri pada semua. lagi 2 minggu je nak raya. tak sabar nak balik kampung dan keluar dari penjara matrik even untuk 1 week. yahoooooooo....RAYA!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment