Wednesday, September 25, 2013

MAHU tapi MALU

Orang biase cakap malu tapi mahu. Aku pulak kes terbalik kat sini. Mahu tapi malu. Biase la. Nama pon kaum hawa. Confirm2 la malu kan?? Siapa yang tak malu sini angkat tangan (aku nampak ade yang angkat kaki. Tak aci) kekeke~~~

Nak dijadikan cerita kat sini, tadi keluar la berdating dengan seorang sahabat ni (perempuan. sekian). Teman dia cari kasut je plannye. Sekali pergi belasah pizza 1 set. Sangat nak meletup perutnya. Di campur pulak dengan pak cik bus mara liner yg drive nak menggile. Rase nak muntah jadinya. Serius baq hang. Kalau tak tahan perut yang membucit macam orang mengandung ni, rase dah keluar balik dah segala yang aku makan tadi.
Satu perangai yang selalu aku nak kesal sangat tapi x berapa nak kesal jugak la (apa ayat aku macam keling mabuk ni). Aku selalu lupe nak bawak handset a.k.a telefon kecil bmbit corby II yang tak berapa nak canggih tu. Alasannya sebab kalau aku bawak pon bukannya ade orang nak msg aku. Bila aku cakap ayat macam tu, ramai la yang bersimpati. Tak payah nak simpati sangat la kan??

Pastu malam tadi pada  jam 9 mlm kot (aku rase la... lupe) seorang sahabat ni buat la satu offer. Perbualan kami seperti kat bawah ni (korang boleh cube jadi aku dan belakon same2 ye. shijak !)

sahabat  : Cate nak tak kalau boyfriend askar??
aku      : Eh, nape tanya macam tu??
sahabat  : Tak adalah. Ade kawan kepada mak kita nak cari kan     jodoh untuk anak dia. Anak dia kat Johor                          sekarang

aku      : Johor?? (sile bayangkan diri excited mase ni)
sahabat  : haah. Dia askar kat sane la.
aku      : owhhhh... (hampa sikit kat sini). Kira dia orang kedah jugak la??
sahabat  : haah. Die umur 26 tahun. Cate nak tak kalau kite       kenalkan?? Dia askar laut
aku      : ermmm... askar ni susah skit la. tau kan camne. Susah nak jumpa semua. Tak apa lah.

Boleh nampak tak kat situ?? Mula cam excited gak la bile tau die umur 26 tahun. Tapi sebab dia askar kan. Laut plak tu. Susah sangat serius baq hang kalau berlaki kan askar ni. Tengok kawan, lecturer yg laki kerjaya macam ni seksa la gak. So, simpan je la dalam hati offer tu kan. Mane la tau ade offer yang lagi bagus ke. Hidup ni kene demand sikit...

Tuesday, September 17, 2013

F.I.R.S.T. but not L.A.S.T.

First. Semua orang ade FIRST mereka sendiri. First experience. First friend. Tapi yang aku nak cerita dekat sini ialah tentang semua orang suka; FIRST love.

Kenapa FIRST love kan?? curious kan?? Tak tau la. Mungkin sebab terpandang (err...actually terjumpa balik) FB cik abang first love merangkap encik EX 11 tahun dulu. Ni semua gara-gara encik kawan la ni (kenapa kau tag nama yang tak pernah aku tgk? kan aku dah tertekan...)
p/s marah kat encik kawan plak. Kesian dia.

Sebab curious sangat, tangan ni pun gatal la pergi menekan nama yang di tag. Betul la pepatah inggeris curiosity killed the cat. Memang kill pon. Macam kena sangat je pepatah tu dengan aku. Mentang-mentang nickname pon cate. Bagus la tu. memang membunuh.



Bila dah tekan, mula la hati rase sakit, berdebar, sedih. Rasa nak runtuh pon ade. Mana taknya. Orang yang paling dibenci muncul balik. Entah. Benci ke? sayang lagi ke? ermmm...lupakan jelah. Entah-entah dia pon dah tak kisah pasal kewujudan aku. LIFE MUST BE GO ON ~






Thursday, August 1, 2013

Nukilan 1 Ogos 2013

Yes, I'm writing back for almost 1 year ++?? hurm... forgot already. Suddenly the mood to write is coming back cause I just read about my one of my student blog. The feeling is so great. It's so nice that just make me want to write back.

By the way, I'm currently doing a practical in Kuala Kangsar. SMK Raja Perempuan Kelsom, that's the school name. What I can describe about this school are it's such a nice school, great environment, so peaceful because the school is on top of the hill name Bukit Kerajaan. Near Istana Perak. An English building, that's the main point. Sounds nice right? Just come here if you want to feel it and see it by yourself.

Back to the main story. I just finish relief a form 4 class just now. And I think this is the best class that I had relief. They are not shy to share their feelings, asking lots of question and look so curious about me. I just tell them about my experience and give them some motivation. 



12.40. The class end. I was preparing to leave the class and suddenly one student came to me and give me a note. She tell me "cikgu baca blog saya tau. cikgu baca tau" and I take the note.I don't know why she really want me to read her blog. You make me so curios my dear student. I'm so curious yeah~ (singing lalala~~~)

After arrive to Bilik Guru, I quickly open my lappy and type the address. *******.blogspot.com. And the google is loading. After that, the blog is open. yosh! success. I try to look at her blog. Hey, her english is so good. And I bet she have a lot of post too since her scroll bar look so short. I try to scroll it down and look at her post. And scroll back to the top post.

I start reading the first post. No wonder her english is good, she read fanfic too (same like me). And what I'm interested to her first post is her story about her first love. Now I know why she really want me to read this since I just share my story to them. 


Her story look so nice at first but it become a sad story when it come to the end. I just told my self "maybe ini kelebihan yang aku dapat daripada karier ni". Listen to the student story and try to put myself in their shoes. As I'm also a student just like them. And since their age is so near with me, I just tell them to call me akak if they want. But not in school la. Scared other teacher will looking weird at me. 


-The End-

Wednesday, April 3, 2013

Renungan 3/4/2013

serius...
waktu dah nak balik ni lah macam2 yang buat aku sakit hati
sesenang sesedap rase semanis madu buat aku macam tu.
Yang sorang macam tu, yang sorang macam ni. 
Kesabaran ku ini ade hadnya manusia sekalian.
Jangan ingat aku baik ko boleh pijak kepala aku
jangan ingat aku senyap aku tak terasa.
FYI, senyap2 aku ni hati dalam rase macam kene robek tau.
kalau hati aku ni boleh tunjuk kat orang, dah lame dah aku tunjuk. 
malangnye, tak boleh tunjuk. 
kalau tunjuk pon nampak darah je.
Sebab nak jage hati orang, hati sendiri terkorban.
aku selalu cakap kat orang lain " ko buat bodoh je. pentingkan diri tu skit"
tapi bila sampai tang aku tak boleh plak aku buat macam tu. 
sebab ape pon aku tak tahu.

tu lah...
ayat ni sebenarnye berbalik kat aku semula:
kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui.
hargai bile ade. jangan dah tak ade tercari-cari.
sekadar renungan...

Friday, March 8, 2013

Mohon Petunjuk Dari Mu

Ramai orang cakap aku beruntung sebab aku anak perempuan sorang.
Soalan yang biasa diajukan: kau ni mesti anak manja kan??
mesti ape yang kau mintak semua dapat kan??

Diorang nampak semua bende tu je.
Diorang tak nampak benda yang sebenar.
Benda tu semua akan terjadi bile kau jadi anak orang kaya je.
orang senang.
memang semua benda tu akan jadi kenyataan.
tapi tak dekat aku.

bukan nak salahkan takdir.
aku tak pernah salahkan takdir yang aku di lahirkan dalam family yang biase2 je.
tak pernah muncul kat kepala otak aku ni walau sedetik pon.
cuma bile orang tanye soalan tu semua kat aku, aku tak suka. 
serius aku tak suke.

dan baru kejap tadi aku call bapak aku.
tetibe ckp dengar suare bapak lain macam. serak.
macam tak ada suare lgsg dah.
sebak dada ni.
terus air mata mengalir. depan Naz.
memang dah tak tahan sangat dah waktu.
automatik tak boleh control. 
rase macam nak lari g batu pahat waktu tu jugak.
aku cube control suare aku
mmg dah rase mcm nak sedu sedan gak.
tapi tak boleh obvious, nnt bapak aku lg sedih.

dan bile bpk ckp psal abg dan sapik, nmpak bpk kecewa. 
bpk kecewa dgn abg sbb abg mcm x de inisiatif lgsg nak cri keje.
keje lah pape pon asal keje. 
kadang2 geram gak ngan abg aku ni...memilih keje sgt
susah lah mcm ni.
yg sapik plak result jatuh.
aku ni kalau pandai aku tak ade buat main2 peluang mcm dia tu.
tak adalah, aku ni tak pandai sgt. aku sgt mgharapkan sapik blh survive
blaja btol2...sebab course die je yg mcm sgt class kalau org tgk.
dan die sgt pndai sbnrnye.
sbb dr dulu mmg bpk dgn mak jdkan die org harapan
tapi skrg bile bnde ni jd, beban tu semua jatuh kat aku.
sebab aku anak perempuan sorg.
nmpak tak kesusahan dia kat situ. 
bukan marah kat parents aku, cume aku rase beban tu dah nmapk skit bile dah makin meningkat dewasa.
bile ade msalah, dorg akn share kat aku dlu
bapak especially...
kesian kat bapak tu.
dah tua, tak sihat

Moga Allah berikan kemudahan untuk aku hadapi kehidupan ini
dan Allah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan kepada semua ahli keluarga ku.
Amin...

Tuesday, March 5, 2013

Kebosanan Melanda

Hola~~~
Nothing to post. Just nak post cover yang aku buat ni.
Kebosanan yang melanda buat tangan menggatal nak buat cover and edit.
hehehe
Dah addicted dgn lagu ni actually.
Best wooo~~~
layan~~~~~

Thursday, January 24, 2013

24/1/2013

Hello. Hai. Assalamuaalaikum. Annyeong

Dah lame tak taip something. Lame jugak tak update post since balik rumah ni.
Oh, by the way, aku dah cuti sem sekarang.
Means dah habis la sem 5 aku.
EXCITED !!!

Emmm... nak kene cakap pasal exam ke?
emmm... nak cakap ape ek??
Boleh tak kalau aku nak cakap aku tak suke ngan paper last aku a.k.a Human Computer Interaction?
Serius susah kot.
Aku dah buat past year dgn Aida & Naz boleh die keluarkan soalan yang tahun bile punye past year entah.
Tahun belakang pulak tu. Berapa kurun pon aku dah tak ingat.
Hanya mampu berserah je lah.

Satu lagi benda yang aku suke untuk sem akan datang, kitorang dah plan tak nak satu group ngan 'akak' tu lagi.
YAHOO !!!
Biarlah sebengap-bengap aku ni pon, aku tak akan biarkan kepala aku kene pijak.
Biarlah aku buat je sendiri sume bnde tu.
Daripada nak harapkan orang yang expert tapi kene pijak tak guna jugak kan?
kan? kan?? kan???

Cerita di rumah plak, bapak tak balik lagi dari kg.
cam x best plak bile sume dah ade tapi sorang je yang x de.
tapi yang best nye plak, rumah dah pasang wifi. WEEHOOO !!!
HAHAHAHA
Sgt laju habaq kat hang.
Boleh kate sume movie yang aku aim kat UUM aku dah sedut lah.
cakap je movie ape.
Love 911, dah. Werewolf Boy, dah.
serius memang aku nak sedut sume movie best before balik UUM ni. 
Tapi movie je la aku mampu nak sedut banyak.
drama tak larat, banyak sangat episod.

Hurmmmm...
Tu je la kot entry untuk kali ni.
To be continue next time.
Maybe aku akan post entry aku buat kimbap, tapi aku tak tau itu untuk entry bile punye.
hahahaha...
Night. assalamualaikum. Jalgayo 
^_^