Tanggal 17 Ogos 2009. Result UPS Matrikulasi untuk PST dah pon keluar. Tepat jam 10.00 pagi, Cate mulakan langkah yang lemah ke Pusat Perkhidmatan Pelajar (HEP). Kawan-kawan Cate semua dah heboh kate result dah keluar. Cate memang dah target sebenarnye result aku akan dapat teruk sebab result fizik Cate dapat F a.k.a failed. Ditambah lagi dengan maklumat cikgu tutor Cate mengatakan overall keputusan kimia kelas Cate mendapat C. Betapa frust nye Cate mendengar kenyataan tersebut.
Cate teruskan juga langkah ku ke HEP. Ramai lah juga student yang tengok result mase tu. Ade muke sdih, ade juga muka gumbira. Cate pon tak tau la Cate bakal mendapat expression yang mane satu. Sebelum tu, Cate dah jumpe classmate Cate mase PDT. Budak yang 4 flat pon boleh drop apatah lagi Cate yang sengal ni. Huh…….
Dengan langkah yang penuh confident Cate pergi ke papan kenyataan. F4P3…F4P3…(name class Cate ni). MS09115*****….MS09115*****…. Tiba-tiba Cate terkejut. Tergamam. Terkedu. Semua expression yang menunjukkan ekspresi terkejut. Cate ingatkan Cate bakal melihat gred je. Sekali Cate nampak nombor jugak. Dua kali Cate pandang nombor tu. 1.5. betul ke ni??
Tibe-tibe Cate boleh jumpe plak roommate Cate. Dia terus cakap yang dia punya pointer 4 Flat. Bile Cate dengar je macam tu, terus air mata Cate tumpah. Tak dapat ditahan lagi. Dekat situ juga Cate nangis. Roommate Cate dapat 4 Flat tapi Cate. Tak tau nak describe camne perasaan Cate mase tu.
PADA MALAM HARI NYA…
Cate gagahkan diri untuk telefon mak ngan ayah Cate.
Aku :Hello mak.
Mak :Hello. Siti, ade ape?
Aku :Mak dekat mane ni?
Mak :Mak dekat dalam kereta ni. Nak pegi Segamat. Ade ape?
Aku :Mak, Siti nak minta maaf.
Mak :Nape pulak? Ha…keputusan dapat berape?
Aku :Teruk sangat. Minta maaf mak. Siti dapat 1.5.
Mak :1.5!!!! Nape teruk sangat. Siti tak takut ke? Mak takut tau. Budak Muar tu dapat berape?(roommate aku)
Aku :Dia dapat atas 3. Minta maaf mak. Ok la mak. Assalamualaikum.
Lepas tu Cate ingat nak tutup call tu. Tapi Cate biarkan je, so, Cate dengar la perbualan antara mak dengan ayah Cate.
Mak :Dapat 1.5. Apa teruk sangat.
Ayah :Tu la. Malas belajar. Banyak main. Balik rumah je internet. Mane ade
belajar kalau balik. Bagi laptop salah gune.
Lepas tu, terus senyap. Bila Cate dengar je macam tu, Cate rasa sedih sangat. Down
yang teramat sangat. Baik-baik mood Cate baik nak pergi kuliah malam tu dah tak ada. Tapi Cate pergi juga kuliah. Cate nak tebus balik semua salah Cate.
KEESOKAN PAGINYA…..
Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi. Masa tu Cate sedang makan roti (breakfast). Tiba-tiba je ada message masuk. Siapa pulak yang message pagi-pagi ni. Cate pun buka la message tu. Tengok-tengok…MY BELOVE DAD. Ok la fine. Bukak je la. Then, Cate baca message tu yang berbunyi…
“Bapak kecewa dengan Siti. Bapak tak tahu nak cakap macam mane lagi. Bapak bagi laptop tapi Siti salah guna. Dulu Siti pandai tapi Siti malas. Apa dah jadi. Bile bapak cakap Siti marah. Sebab tu malas nak cakap. Sekarang ni bapak cuma nak cakap apa-apa yang Siti buat jangan sampai kawan-kawan Siti yang lagi tak pandai dari Siti boleh kalahkan Siti. TK”
Bile Cate habis je baca message tu, Cate terus termenung. Teruk sangat ke Cate ni. Sampai macam tu sekali ayah Cate cakap. Cate memang dah blank gila masa tu. Sedih yang teramat sangat. Teramat amat sangat. Lepas tu Cate fikir balik nak balik ke merdeka ni…
PETANG…..
Cate tanamkan semangat nak bagi tau abang Cate yang Cate tak balik merdeka ni. Cate bagi tau la yang Cate ada kelas merdeka tu. Sebenarnya tak ada pon. Cate tipu. Cate nak study je kat kolej. Tapi bila nak cakap Cate tak balik tu Cate rasa sayu sangat coz b4 dis, memang Cate nak balik sangat. Nak bukak puasa dengan family. Siapa yang tak nak. Semua adik beradik Cate ada. Semua balik. Akhir nya Cate cakap jugak yang Cate tak balik. Letak je phone, air mata Cate terus mengalir. Bila tak dapat dibendung lagi, Cate terus keluar bilik. Cate lepas
Malam tu, Cate rasa bersalah la pulak kat abang Cate sebab tipu dia. So, Cate pon hantar la message yang berbunyi : Abang, sebenarnye Siti tak dapat balik bukan sebab ada kelas. Kelas tu tak ada pon. Siti takut nak balik sebab pointer Siti teruk sangat. 1.5 je. Mak marah sangat. Abang tak payah la bagitau mak yang Siti tak balik sebab ni. Siti dah bagitau mak yang Siti ada kelas. Itu je. Bye.
Abang Cate pon reply la. Dia just cakap ye la. Study btol-btol. Jangan main-main lagi. Cate rasa macam sekarang ni abang Cate betul-betul memahami aku. Lepas Cate bagitau kat abang Cate perkara tu, Cate rasa lega sangat. Kalau tak Cate asyik menangis je sampai mata bengkak-bengkak. Betapa kecewa nya Cate dengan keputusan periksa Cate ni……….